WINLIFE

TENTANG KAMI

Merevolusikan Gaya Hidup Sihat dengan Bahan Semula Jadi Tulen

Permulaan revolusi gaya hidup sihat yang progresif kini bermula di sini. WINLIFE sedia membawakan gabungan termaju daripada anugerah alam semula jadi demi kesihatan tiada tandingan, tenaga tanpa batas, dan kesejahteraan yang berpanjangan. Komitmen kami kekal teguh untuk memastikan hanya bahan semula jadi yang paling tulen dan berkualiti tinggi digunakan demi diri anda yang lebih holistik, sihat, dan bertenaga!

Namun komitmen kami tidak terhenti di situ sahaja – kami komited melangkaui sekadar menjual produk suplemen; kami membawa misi untuk mendidik dan melengkapkan anda agar mampu meningkatkan potensi diri secara holistik; keyakinan anda, kewangan anda, serta jaringan sosial anda, demi manfaat dan kebahagiaan insan tersayang serta mereka di sekeliling anda.

Bersama-sama, kita mampu membuka jalan ke arah komuniti yang lebih sihat dan bahagia, selangkah demi selangkah.

VISI PEMENANG

Setiap insan adalah pemenang (WINner), dan WINLIFE akan membantu anda menyedari bahawa segala yang anda perlukan untuk mencapai potensi sepenuhnya dan meraih kejayaan telah pun berada di dalam diri anda.

MISI UNTUK MENANG

Kami akan berusaha sedaya upaya dalam melatih, memberi inspirasi, dan memperkasakan ahli kami untuk menjadi versi terbaik diri mereka bagi mencapai kejayaan luar biasa untuk diri sendiri, keluarga, serta komuniti mereka.

Kesihatan Optimum Berasaskan Bahan Semula Jadi

Mendedikasikan sumber terbaik dalam menghasilkan produk kesihatan daripada bahan semula jadi yang memperkayakan kualiti hidup pengguna

Platform Pemerkasaan Pertumbuhan Holistik

Membina platform di mana para ahli dapat mempraktikkan serta memanfaatkan latihan untuk penambahbaikan dan pemerkasaan diri dalam segenap aspek

Ganjaran yang Adil dan Lumayan

Menyediakan ganjaran yang adil dan saksama sebagai penghargaan atas usaha, komitmen, serta dedikasi yang dicurahkan

PENGERUSI

Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Al-Haj merupakan putera kepada Y.A.M. Tengku Azman Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Hishammudin Alam Shah Al-Haj, Tengku Bendahara Selangor. Beliau merupakan sepupu kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Sebagai kerabat diraja Selangor yang terkemuka, Y.M. Tengku menggabungkan tanggungjawab diraja bersama penglibatan perniagaan dalam mempromosikan peluang-peluang perniagaan di Malaysia mahupun di persada antarabangsa. Sejak usia muda lagi, Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi mempunyai minat keusahawanan yang mendalam dalam membangunkan perniagaan, diiringi dorongan berterusan untuk memperkasa dan memajukan masyarakat di sekeliling beliau. Beliau merupakan seorang berwawasan yang memacu kejayaan perniagaan, inovasi, perubahan sosial, dan keterangkuman merentasi pelbagai industri seperti Penghantaran Kargo, Makanan & Minuman, serta Pembinaan, dan banyak lagi.

Pengerusi WINLIFE
Pengasas Win Lee

PENGASAS

Win Lee merupakan seorang jurulatih bertauliah dan penceramah motivasi yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam industri Jualan. Beliau telah mencapai kejayaan membanggakan selama 18 tahun dalam bidang jualan langsung, serta berpengalaman dalam pengurusan jualan langsung selama 8 tahun. Beliau turut memegang anugerah “Youngest Top Revenue Earner” (Penerima Pendapatan Tertinggi Termuda) daripada syarikat terdahulu beliau.

Keghairahan Win adalah untuk berkongsi bakat dan kemahiran beliau kepada orang ramai. Beliau percaya bahawa setiap orang mampu “menang mengatasi diri sendiri”. WINLIFE menjadi wadah untuk beliau memberi inspirasi, melatih, serta memperkasakan kepimpinan, pengaruh, dan bakat agar lebih ramai individu berupaya menzahirkan potensi terbaik mereka sepenuhnya.